Kisah sedih...

Dlm perjalanan ke ofis pg td, aku dgr siaran ERA. Tiba2 ada pemanggil menceritakan satu kisah yang menghayat hatiku...citenya cam ni....
Ada seorang pelajar Tahun Enam di Sek. Keb. Bukit Jelutong terjatuh dari van sekolah dan perutnya di gilis oleh van. Namanya Daniel Haziq (cam nama anak aku plak...). Beliau telah dimasukkan ke Hospital di Subang Jaya dan melalui satu pembedahan. Sepanjang beliau di sana, ibu dan bapanya bergilir2 menjaganya. Kelmarin iaitu 19/1/09, merupakan hari terakhir ibunya dtg utk menjaganya dan melihatnya.
Dlm perjalanan pulang dari menjaganya, ibunya dan dua org adiknya mengalami satu kemalangan ngeri di Jalan Puncak Alam-Batu Arang (ni jalan utama utk ke rumahku). Kereta yg dipandu oleh ibunya telah dilanggar oleh kereta lain dan menyebabkan kereta ibunya hangus dijilat api. Ibu dan adiknya yang berumur 9 tahun mati dlm keadaan berpeluk dan rentung. Salah seorang adiknya lagi yg Tahun Empat cedera dan selamat kerana tercampak dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan selanjutnya.
Semlm pg mmg aku ada melihat kereta kancil yg rentung tu di tepi jalan otw nk g keje...dan dlm Harian Metro m/s 2 pun ada menyatakan yang seorang ibu dan anak berpelukan dalam kereta yang rentung. X sangka beginilah kisahnya.
Mataku mula berlinangan air mata sepanjang ke ofis tadi mendengar kisah ini. DJ radio ERA iaitu Aznil dan Din Beramboi pun turut menangis. Aznil ada menghubungi bapa kepada Daniel Haziq. Bapanya tidak dpt bercakap sepenuhnya kerana amat sedih dgn kejadian yang menimpa ahli keluarganya...kami semua mengucapkan Takziah kepada keluarga En. Kamaruzaman Mohd Yusof di atas pemergian isteri dan anak tersayang ke Rahmatullah...Al-Fatihah... Semoga roh isteri dan anaknya ditempatkan ke dalam golongan orang2 yang beriman.

0 comments: