Cahayamata 2009...

Tahun 2009 ni ramai gak saudara2ku yg mengandung dan ada yg sudah melahirkannya pun baru2 ni... Kiranya ada je teman aku mengandung...Anak aku si hazieq tu sama tahun ngan anak kakakku, Urfah & makcikku. Kiranya tahun 2006 masa tu, saingan Hazieq ada 7 org. Thn 2009 ni plak saingan anak kedua aku 6 org.
Pada 15/1/2009 baru2 ni sepupuku Urfah telah melahirkan anak yg kedua yg di beri nama Wafiy Hadif bin Irwan Hadi. Anak pertamanya perempuan dan berusia 3 tahun. Ni lah gambo anaknya yg baru lahir tu...
Pada 17/1/2009 plak, makcikku pula iaitu adik ipar yg bongsu sebelah mak aku telah melahirkan anaknya yg ke enam yang diberi nama Aish Fazila bin Ahmad Fadzil. Sekarang makcikku dah mempunyai 4 org anak perempuan dan 2 org anak lelaki. Yang lelaki tu kembar sama umur ngan anak aku si Hazieq cz lahir tahun 2006 cuma bln je lain.
Lps ni giliran sepupuku Kak Na, due dia bln April ni melahirkan anak kedua.
Lps tu giliran aku plak utk berjuang...kui..kui..kui...aku akan bersaing ngan sepupuku Mas Julia yg akan melahirkan anak sulung. Due dia pun lbh krg aku gak awal bln June ni... yg bezanya aku lahirkan anak yg kedua jer...
Bln August plak, kakakku yg kedua akan melahirkan anaknya yg ketiga. Kalau x silap, duenya bulan pose...alamatnya sebulan ler tinggal pose. X dpt le mkn mknan best2 raya ni cz still berpantang...kui..kui..kui..
X sabar nk merasa lg saat2 melahirkan anak...satu pengalaman yg x dpt dilupakan dan indah untuk dirasai lagi...kiranya satu nikmat yg Allah bg utk kaum Hawa yg x dpt dirasai oleh kaum Adam. Syok tau....

1 comments:

Deqnan said...

Wow...thn yg gemilang...